Skip to main content

Featured

London : Happy or Grief?

  LONDON | JANUARY 22nd 2023 It has always been a dream to go overseas and be in cold-weather country (at least once!). It still remains as a dream until 'the thing' happened which turned out to be the reason to my recent existence in the rhetorical place (read, London). I cannot precisely describe on how I felt to know that I will be going there in less than 2 weeks. Was it happy or sad or thrilled or what. I don't know! Oh ya, just to clear up thing, this short trip was initially made as a present for my birthday and it was fully sponsored by *** (Allah bless you). OK, continue. So, that night I received a message from my husband telling that he got the tickets for us to London and asked me to settle the leave & the acknowledgement form (government thingy) soonest possible. Settled.  2 weeks preparation did not make any of us ready. 

Harga Minyak (Isu semasa)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Entri kali ini adalah berkenaan harga minyak yang kini telah menimbulkan pelbagai reaksi yang kurang memuaskan daripada masyarakat. Tajuk ini saya akui agak berat untuk diulas secara mendalam maka saya hanya akan menyentuh pada dasarnya sahaja. Berbalik kepada isu tadi, harga minyak telahpun naik bermula 1 November 2016 (Selasa) RON 95 dijual kepada pelanggan pada harga RM 1.95 bagi setiap liter (peningkatan 15 sen berbanding harga Oktober 2016), RON 97 pada RM2.30 seliter (meningkat 15 sen), diesel pada RM1.90 (meningkat 15 sen) dan Diesel Euro 5 RM 2.00 seliter (meingkat 15 sen). 

    Sebagai perbandingan, dua bulan lalu, (September 2016), RON 95 dijual pada harga RM 1.70, RON 97 RM2.05, diesel RM 1.70 dan diesel Euro RM 1.80. Ternyata begitujauh jurang perbezaan dan ini telah membuatkan rakyat merasa suatu bebanan yang berat.


Harga Minyak terbaru (November 2016)


    Bagi mereka yang menggunakan kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja pasti merasakan kenaikan harga minyak ini, apalagi kepada peniaga. Maka tidak hairanlah jika harga barangan semakin meningkat selari dengan kenaikan harga minyak. Kita sebagai pembeli tidak lagi mampu melawan seraya terpaksa menurut dengan kenaikan harga barangan ini atas dasar keperluan.

        Apa yang boleh dilihat kini, fenomena dua kerja dalam satu masa bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Kini, lambakan peniaga atas talian dapat dilihat mempromosi serta menjual barangan mereka sebagai kerja sambilan bagi menampung kos sara hidup yang semakin menggila ini. Apa yang boleh diperkatakan ialah, saya berharap kerajaan mampu melihat semula bajet 2016 yang telah dibentangkan bagi meneutralkan kembali ekonomi negara.

Comments