Secara jujurnya, aku tak pernah lagi ambil kelas yang diajar oleh Prof Normaliza. Memandangkan aku sorang saja budak English linguistics yang ambil minor ni, jadi aku cenderung ambil kelas minor yang pengajarnya aku sudah kenal, kira macam tak kekok sangatlah nanti nak bawa diri. Tapi untuk sem akhir ini, aku berjodoh dengan kelas ni dan pertama kalinya aku kenal Prof Normaliza. Pada aku, kelas ni sangatlah memenatkan memandangkan amali dan teori dia gabung sekali dalam satu hari dan kelas pula berdurasi selama 3 jam.
Apa yang aku pelajari dari kelas ni ialah cara nak handle urgent task dimana Prof Normaliza ni jenis yang agak cerewet. Sebenarnya tak menjadi satu masalah yang besar sangat pada aku secara peribadi sebab aku sebelum ini pun pernah kerja dan klien seperti Prof ni aku dah banyak hadap, malah ada yang lagi teruk pun ada. Bayangkanlah aku kena siapkan info graphic untuk 9 jenis program dan bos aku bagi sehari je untuk siapkan? Memang gila. Sebab kerja urgent jadi dari pagi smpai subuh esok aku ngadap design je. Nasiblah aku dapat siapkan on time. Fuh..
Jadi, bagi aku, memang berguna sangatlah cara didikan beliau ni. Aku tahu Prof cuba membiasakan anak didiknya dengan realiti kehidupan dan aku used to it. Tak ada masalah. Cuma agak serabut juga disebabkan aku ada kelas major pukul 3.30 lepas tu dan tugasan Prof pula selalu nak dalam masa beberapa jam dan itu membuatkan aku stress juga. Nasib baiklah aku ada assignment partner yang sangat membantu, alhamdulillah la berjalan dengan lancar.
Selain tu, apa yang aku belajar dari kurus minor ni adalah menterjemahkan tugasan dari segala jenis genre termasuklah kertas soalan matematik yang aku sampai sekarang tak boleh lupa, boleh pulak dapat 3/10.. kena jerit pula tu markah depan kelas. Nasiblah ada kumpulan yang dapat 0, nampaklah bijak sikit kat situ. Hehe.. gurau, jangan ambil hati ye. Lepas itu, aku juga belajar terjemahkan resepi. Bagi aku agak menarik juga bila kita dapat terjemahkan penulisan pelbagai genre. Ia mencabar diri dan membuka mata aku tentang variasi penterjemahan. Aku suka cara didikan Prof. Terima kasih Prof.
Ha, lagi satu sebelum aku terlupa, kelas ni juga takde tugasan yang boleh bawa balik, semua kena siapkan masa kelas. Jadi, korang tak payah serabut nak fikir bila balik bilik nanti sebab habis je kelas maka habislah kerja.. Haha. Itu saja, sekian.
Hari ini hujan mencurah-curah. Teringat pula aku dekat Mentakab, agaknya dah naik air ni.
Comments
Post a Comment