TUGASAN 1
Nama Penulis: Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim
Tahun Terbit: 2017
Tempat Terbit: Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Harga: Rm20.00
Buku 200 Quotes for you… for us… yang ditulis oleh Prof. Dr. Noraien Mansor dan Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim ini merangkumi 200 kata-kata mutiara. Buku yang diterbitkan oleh Penerbit UMT pada tahun 2017 ini sesuai dijadikan bahan bacaan santai bagi pembaca dari pelbagai latar belakang, terutamanya pelajar. Tambahan pula, harga yang diberikan juga amat berpatutan iaitu sebanyak RM 20.00. 200 kata-kata mutiara dalam buku ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 100 kata-kata mutiara oleh Prof. Dr. Noraien Mansor dan 100 lagi oleh Prof. Dr. Normaliza Abd. Rahim. Untuk pengetahuan semua, kata-kata mutiara yang terkandung dalam buku ini bertemakan kasih sayang, kejayaan, pengharapan, ketuhanan dan persahabatan. Selain itu, buku ini juga digunakan sebagai alat bantuan mengajar dalam kelas BBN 3402 Penterjemahan Berbantukan Komputer dibawah kelolaan Prof Dr. Normaliza dimana pelajar perlu menterjemahkan kata-kata mutiara serta mengintepretasikan makna disebalik kata tersebut. Pengaplikasian buku ini dalam pembelajaran meningkatkan lagi kemahiran menterjemah para pelajar dalam menterjemahkan kata mutiara. Tidak hanya terhad kepada menterjemah semata, pelajar juga dikehendaki menghasilkan cerita bertemakan kata mutiara juga menyelitkan kata mutiara yang berkaitan dalam karangan yang dihasilkan. Secara konklusinya, buku 200 Quotes for you… for us… ini banyak memberikan manfaat dan motivasi kepada yang membacanya.
200 Quotes for you… for us… wrote by Prof. Dr. Noraien Mansor and Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim consists of 200 valuable quotes.This book was primarily published in 2017 by UMT publication and is suitable for audiences from every level, especially students. Furthermore, the price is also reasonable which only costs RM20.00. The written quotes in this book were divided into two parts which is 100 by Prof. Dr. Noraien Mansor and 100 are by Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. For your information, those quotes in this book comprise of various themes including love, success, hope, religious and friendship. Besides, this book was also being used as an teaching aid in class of BBN 3402 Computer aided translation under supervision of Prof. Dr. Normaliza which requires students to translate the quotes and interpret the meaning behind it. This application of this book in class really help students to improvise their skills in translating quotes. Moreover, it is not only limited to translating but also in creative writing where students need to come up with a story based on the quotes and also to insert related quotes in their essays. To conclude, this book of 200 Quotes for you… for us…has imparted so many benefits and motivation to those who read it.
Comments
Post a Comment