Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kali ini saya ingin berkongsi cerita berkenaan pengalaman saya mendaki bukit Broga yang terletak di Semenyih, Selangor. Sebetulnya saya telahpun 3 kali mendaki bukit ini bersama rakan-rakan yang lain. Kali pertama saya mendaki bukit Broga ini adalah semasa saya mengambil Diploma di UPSI dahulu.
Bukit Broga dikenali ramai dengan keindahan pemandangannya serta peluang menyaksikan matahari terbit di puncak, juga merupakan tempat rekreasi keluarga. Bukit Broga ini mempunyai banyak stesen dimana yang paling tertinggi adalah di puncak paling atas yang mempunyai ketinggian sebanyak 400 meter dari laut. Perjalanan selama 40 minit itu ditemani pemandangan yang menenangkan. Satu tips daripada saya untuk anda jika takut sesat dalam pejalanan ke destinasi. Pertama, anda wajib melintasi sebuah University of Nottingham, kemudian anda akan memasuki kawasan ladang kelapa sawit. Kawasan tersebut memang sedikit menyeramkan namun ia meriah apabila menjengah pagi.
Alatan penting yang anda perlu bawa ialah lampu suluh (ini jika anda ingin melihat matahari terbit). Ini disebabkan sepanjang laluan anda mendaki bukit ini,tiada lampu disediakan, maka saya nasihatkan anda membawa lampu suluh mini untuk memudahkan pergerakan anda kerana kebiasaannya mereka yang ingin melihat matahari terbit akan mula mendaki pada pukul 4 pagi. Kemudian, anda perlu membawa air minuman sendiri kerana ketika berada di puncak nanti anda akan hilang banyak tenaga dan berpeluh banyak, jadi saya syorkan anda membawa bekalan air yang mencukupi.
Satu lagi tips untuk menjimatkan duit, iaitu jika anda mahu mengelak daripada membayar parking, anda perlu datang awal, dalam pukul 3 pagi. Bayaran yang dikenakan cuma RM2.00, namun juka anada ingin berjimat maka bolehlah ikut tips saya ini. Anda tidka perlu risau jika barang-barang yang saya nyatakan tadi tiada kerana disitu ada dijual kelengkapan utuk mendaki bukit seperti lampu picit, kain tuala, air botol mineral dan monopod (untuk mengambil gambar).
Mendaki bukit Broga boleh dikatakan tidak mencabar mana kerana lantainya yang landai dan berdebu, justeru tidak hairanlah jika banyak juga pendaki yang terdiri daripada golongan kanak-kanak yang turut mendaki. Cuma untuk naik ke stesen kedua tertinggi memerlukan kekuatan tangan dan kaki kerana ia boleh dikatakan curam 90 dajah. Ada disediakan tali sepanjang pendakian sebagai panduan pendaki.
Secara peribadi, boleh dikatakan pendakian ke Bukit Broga adalah menyeronokkan dan ia sangat sesui untuk aktiviti keluarga dan tempat yang ideal untuk berekreasi. Dengan pemandangannya yang indah dan berbukit. Untuk menuruni bukit itu pula anda diingati untuk lebih berhati-hati kerana untuk menuruni bukit tidaklah sesenang mendaki. Anda perlu banyak menggunakan kekuatan kaki untuk menahan kecuraman bukit dan lantai bukit yang licin dan berdebu. Jika anda tidak yakin utuk terus menggelongsor anda disyorkan untuk turun ditanah yang ditarah bai mnegurangkan tekanan. Ini juga adalah untuk mengurangkan kemalangan yang serius.
Itu sahaja daripada saya. Selamat mendaki dan percaya dengan kebolehan diri sendiri!
Comments
Post a Comment