Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kali ini saya akan mengulas tentang Tjuan Pemupukan Bahasa Melayu. Agak sedikit panjang namun berbaloi jika dihayati dengan semangat patriotisma.
Selepas
negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Kongres Bahasa
dan Persuratan Melayu III telah memupuk usaha yang beterusan dalam
penstandardan bahasa Melayu. Dalam hal ini, kerajaan telah menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar dalam Sistem Pelajaran Kebangsaan, menubuhkan
Maktab Perguruan Bahasa, dan menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka. Perjanjian
Persahabatan antara Semenanjung Malaysia dan Indonesia telah termenterai.
Perjanjian ini bertujuan untuk menyatukan kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa
Indonesia. Ahli linguistik juga telah memberikan pelbagai sumbangan dalam
penulisan tentang bahasa Melayu.
Setelah bahasa
Melayu distandardkan, bahasa Melayu mempunyai status dan pelbagai fungsi di Malaysia.
Bagi bangsa Melayu, bahasa ini ialah bahasa pertama atau bahasa ibunda mereka.
Bagi bangsa lain pula, bahasa ini berperanan sebagai bahasa kedua mereka.
Sebagai rakyat Malaysia, adalah diwajibkan keatas mereka untuk menguasai bahasa
Melayu kerana ianya merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan dan
pentadbiran di negara kita. Tambahan, Kementerian Pendidikan telah menetapkan
bahawa semua palajar diwajibkan lulus Bahasa Melayu untuk mendapat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM). Selain itu, bahasa Melayu juga berperanan sebagai
bahasa formal. Semua lapisan masyarakat kita menggunakan bahasa Melayu dalam
urusan rasmi atau formal seperti ucapan sambutan hari kemerdakaan dan
sebgainya. Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa utama
dalam bidang pendidikan dan pentadbiran.
Beralih kepada
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Malaysia teridiri daripada kaum yang
berbilang dan kaum-kaum ini juga mempunyai budaya yang tersendiri. Kepelbagaian
kaum dan budaya ini jika tidak dikendali dengan berhati-hati akan menimbulkan
pelbagai permasalahan. Oleh demikian, negara Malaysia memerlukan satu mekanisme
untuk menyatukan bagi mengeratkan hubungan kekitaan dikalangan seluruh rakyat
Malaysia. Bahasa Melayu yang berperanan sebagai behasa kebangsaan telah menjadi
bahasa penyatu rakyat Malaysia menurut Zulkifley Ramli Md Salleh dan Rahim
Aman.
Seterusnya,
penggunaan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan. Selepas merdeka, pihak
kerajaan telang merancang pembinaanya denga tujuan bahasa Melayu berkembang dan
maju. Dengan itu, bahasa Melayu digunakan secara rasmi dalam sistem pelajaran
negara. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi emluaskan
penggunaan dan penguasaan Bahasa Melayu lebih-lebih lagi masyarakat yang masih
belum tahu berbahasa Melayu. Sistem persekolahan aliran kebangsaan menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah dalam aliran jenis kebangsaan
juga wajib mengambil pengajaran bahasa Melayu. Oleh itu, dasar pelajaran
kebangsaan mencadangkan agar tulisan Rumi digunakan dengan syarat persediaan
dibuat untuk pelajaran tulisan Jawi dalam kalangan murid-murid. Menurut Laporan
Razak, bahasa Melayu harus diajar disemua sekolah dan menjadi syarat utama bagi
sesebuah sekolah memperoleh bantuan Kerajaan. Selain itu juga, Dasar Pelajaran
Kebangsaan mencadangkan penubuhan Maktab Perguruan Bahasa yang mempunyai dua
peranan iaitu melatih guru mengajarkan Bahasa Melayu dan menjaankan
penyelidikan terhadap Bahasa Melayu. Laporan Razak juga telah menyokong
penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1956.
Dalam usaha
untuk memperkembangkan bahasa Melayu, pembinaan sekolah menengah Melayu
dipergiatkan. Sekolah-sekolah ini telah dibina pada awl abad ke 60-an. Sekolah
Menengah Melayu pertama yang telah siap dibina ialah pada tahun 1963. Kemudian,
pertambahannya agak pesat dan pada akhir tahun 1974, sebanyak 363 sekolah
menengah Melayu telah dibina dan diantaranya ialah Sekolah Sultan Abdul Halim
Jitra dan Sekolah Tun Ftimah. Pada masa yang sama, Laporan Razak 1956 juga
mencadangkan agar Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem
pendidikan negara dan menjadi alat utama pepaduan kaum. Jawatankuasa Penyemak
Dasar Pelajaran 1960 mencadangkan semua sekolah rendah aliran jenis kebangsaan
yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Inggeris dijadikan sekolah Kebangsaan,
namun pelaksanaannya bermula pada tahun 1968. Tambahan lagi, pada tahun 1959,
perubahan bahasa pengantar dari bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu telah
dilaksanakan pada peringkat kolej. Bagi peperiksaan, bahasa Melayu dibahagikan
kepada dua jenis iaitu peperiksaan bahasa Melayu sebagai satu matapelajaran dan
peperiksaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarna. Pada
1957, peperiksaan bahasa Melayu sebagai satu matapelajaran telah dilaksanakan ke
seluruh tanah air.
Seterusnya,
pergi kepada bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran. Perlembagaan Persekutuan
telah mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi untuk menggantikan bahasa
Inggeris. Hal ini dikecualikan dalam beberapa perkara yang ditentukan oleh Yang
Dipertuan Agong. Bahasa Melayu digunakan di dalam kegiatan rasmi seperti
penulisan surat, perbicaraan dalam mesyuarat, penulisan minit mesyuarat,
penyediaan laporan dan ucapan perasmian lain. Namun begitu, terdapat beberpa
pihak yang tidak yakin tentang peranan bahasa Melayu menggantikan bahasa
Inggeris. Mereka berpendapat bahawa bahasa Melayu kurang lengkap istilahnya
untuk melambangkan dan memperkatakan berbagai-bagai perkara, benda dan kejadian
yang terdapat dalam kebudayaa moden. Oleh yang demikian, peranan bahasa Melayu
sebagai bahasa pentadbiran tidak berjaya dilaksanakan secara keseluruhan.
Faktor utama kegagalan tersebut adalah kerana sikap rakyat Malaysia sendiri
yang tidak yakin dengan bahasa kebangsaan kita. Hal ini telah menjadi penghalang
dalam melaksanakan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang tunggal dalam
urusan pentadbiran. Untuk menangani masalah tersebut maka tertubuhlah Dewan
Bahasa dan Pustaka pada 22 Jun 1956 dan ianya merupakan ejen utama dalam
merancang penerimaan bahasa melayu oleh masyarakat di Negara kita. Penumbuhan
badan ini sedikit sebanyak membantu memartabatkan bahasa Melayu di mata rakyat
Malaysia sendiri. Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka juga banyak mengadakan
program untuk mencelikkan rakyat Malaysia supaya cintakan bahasa sendiri.
Pada tahun
1970, bahasa Melayu mula digunakan sebagai bahasa pengantar utama di
sekolah-sekolah, sebagai bahasa pentadbiran kerajaan dan sebagai bahasa
perhubungan awam. Terdapat pebagai usaha yang telah dijalankan berlipat kali
ganda untuk melengkapkan bahasa. Antara isu yang wujud pada tahun 1970-an ialah
bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah jenis kebangsaan
Inggeris yang menggantikan bahasa Inggeris. Selain itu, isu yang wujud ialah
semua kuliah yang diajar di universiti-universiti tertentu telah dikuliah dalam
bahasa Melayu. Diantaranya ialah Universiti Malaya dan Universiti Sains
Malaysia yang pada ketika itu dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang.
Perancangan bahasa juga berlaku dalam tempoh tahun 1970-an. Perancangan seperti
pembinaan istilah-istilah baru, sistem ejaan yang baru dan kamus-kamus juga
telah diterbitkan.
Menurut
Mukhtaruddin (1982), mulai pada tahun 1970, PENA telah menggesa supaya semua
darjah satu dan dua sekolah-sekolah jenis kebangsaan Inggeris menggunakan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Tambahan, calon SPM diwajibkan
mengambil ujian lisan sebagai sebahagian daripada penentu untuk lulus Bahasa
Kebangsaan dan mulai tahun 1971 Kertas
Am Bahasa Kebangsaan diisyaratkan lulus untuk Sijil Tingi Persekolahan. Pada
masa yang sama juga, maktab digesa mengambil lebih ramai murid aliran
kebangsaan memasuki maktab seperti Maktab MARA, Maktab Teknik dan Maktab
Tentera manakala maktab-maktab perguruan pula diarahkan menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar dan pelajar yang lulus haruslah mampu menguasai dan
mengajar dalam bahasa Melayu. Bagi peringkat pengajian tinggi pula, bahasa
Melayu telah diwajibkan dalam menyampaikan kuliah dan pada tahun 1976, semua
kuliah telah dijalankan dalam bahasa Melayu di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Dalam
tempoh 70-an ini juga Peperiksaan Sijil Persekolahan Seberang Laut telah
dimansuhkan. Di samping itu, murid-murid Tingkatan lima di sekolah menengah
jenis kebangsaan Inggeris yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
dikehendaki lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu.
Tahun 1970-an
merupakan satu era baru bagi sejarah perjuangan bahasa dan kesusasteraan Melayu
di Malaysia. Pergerakan bahasa tidak lagi berkisar pada soal politik tetapi
lebih tertumpu pada usaha memperkayakan dan mengembangkan bahasa tersebut. Pada
1983, tahun ini merupakan tahun pertama di semua universiti harus menjalankan
khususnya dalam bahasa Melayu kerana pada tahun itu mahasiswa yang memasuki
universiti adalah daripada sekolah aliran kebangasaan yang menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar. Di damping itu, pada tahun yang sama ini juga
terdapat implikasi yang penting kerana seorang kanak-kanak Malaysia menerima
seluruh persekolahannya dari darjah satu sehinggalah ke peringkat universiti
dalam bahasa Melayu. Dikatakan bahawa 1980-an merupakan era kematangan bagi
bahasa Melayu.
Comments
Post a Comment