Skip to main content

Featured

London : Happy or Grief?

  LONDON | JANUARY 22nd 2023 It has always been a dream to go overseas and be in cold-weather country (at least once!). It still remains as a dream until 'the thing' happened which turned out to be the reason to my recent existence in the rhetorical place (read, London). I cannot precisely describe on how I felt to know that I will be going there in less than 2 weeks. Was it happy or sad or thrilled or what. I don't know! Oh ya, just to clear up thing, this short trip was initially made as a present for my birthday and it was fully sponsored by *** (Allah bless you). OK, continue. So, that night I received a message from my husband telling that he got the tickets for us to London and asked me to settle the leave & the acknowledgement form (government thingy) soonest possible. Settled.  2 weeks preparation did not make any of us ready. 

Pantang Larang (Adat Kaum Melayu)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bertemu lagi kita dalam entri saya kali ini. Saya doakan anda yang sedang membaca blog saya ketika ini dilimpahi keberkatan dan dimurahkan rezeki. Baiklah, kali ini saya ingin berkongsi beberapa pantang larang yang menjadi adat kaum Melayu. Sebelum saya meneruskan penulisan saya ini, apakah yang anda tahu tentang pantang larang? 

Pantang larang dikenali sebagai kepercayaan masyarakat Melayu pada zaman dahulu berkaitan warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang ini diturunkan melalui lisan secara turun temurun. Pasti ada diantara anda berfikiran bahawa pantang larang ini mengandungi banyak peraturan dan banyak benda yang dilarang. Tahukah anda bahawa terciptanya pantang larang ini adalah untuk mendidik dan memberi nasihat secara berkias. 

Kebanyakan pantang larang telah menjadi pegangan dan kepercayaan orang kita sehingga hari ini. antara pantang larang yang biasa kita dengar adalah :


1. Jangan menyapu ketika malam, risau membawa nasib malang.

Pantang larang ini tidak mengatakan bahawa menyapu dalam rumah pada waktu malang benar-benar membawa malang atau nasib tidak baik. Jika kita lihat pada zaman dahulu kala, mereka tidak mempunyai kemudahan elektrik sebaliknya hanya menggunakan pelita minyak tanah sebagai lampu yang menerangi rumah mereka pada waktu malam. 

Pelita ini tidak semestinya mereka gantung di dinding, mereka juga ada meletaknya di atas lantai. Oleh sebab itu, jika seseorang menyapu pada tengah malam, risau akan terlanggar pelita yang diletakkan diatas lantai lantas menyebabkan api merebak dan mengundang kebakaran.

Selain itu, ada juga yang beranggapan bahawa menyapu pada waktu malam yang tiada cahaya boleh menyebabkan tersapu barang-barang berharga yang berada di lantai.

2. Jangan duduk di atas bantal, risau dinaiki bisul di punggung.

Pantang larang ini kebiasaannya ditujukan kepada anak-anak yang lasak bermain. Mereka gemar duduk di atas bantal yang digunakan untuk mengalas kepala. Pantang larang ini bertujuan mendidik mereka untuk lebih beradab supaya tidak menjadikan bantal yang megalas kepala sebagai lapik duduk. Ini juga bertujuan untuk mengelakkan daripada sarung bantal terkoyak atau rosak.

3. Anak dara menyanyi ketika masak kelak berkahwin dengan orang tua.

Pantang larang ini kelihatan sedikit lucu namun ia sebenarnya bertujuan untuk mengelakkan anak dara yang sedang memasak leka. Risau akan masakannya hangit atau tersilap meletak bahan ketika memasak.

Selain itu, jika seseorang menyanyi, pasti akan ada air liur yang akan terpercik, maka untuk mengelakkan daripada kejadian itu berlaku dan masuk ke dalam masakan, maka pantang larang ini dicipta supaya para anak dara yang memasak lebih berhati-hati dan peka.

4. Perlu menghabiskan nasi, khuatir nasi akan menangis jika ia tidak dimakan.

Saya pasti pantang larang ini amat sinonim dengan kita sejak dari kecil.Pantang larang ini selalunya diberikan kepada anak kecil yang selalu tidak menghabiskan makanan. Untuk mengelakkan daripada membazir, maka orang tua akan memberi amaran bahawa nasi yang tidak dihabiskan itu akan menangis dan akan menuntut haknya kelak. Tidak lain tidak bukan pantang larang ini dicipta bagi mengelakkan daripada pembaziran.

5. Jangan potong kuku ketika senja

Pantang larang ini bukan sahaja diamalkan dalam masyarakat Melayu namun dalam masyarakat Cina juga. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada mencederakan tangan ketika memotong kuku. Senja adalah waktu yang mengahmpiri malam dan pastinya suasananya adalah gelap dan tidak secerah siang. Risau jika memotong kuku pada waktu senja, kecederaan bakal berlaku disebabkan cahaya yang tidak terang. 


Jadi, itu sahajalah antara pantang larang yang diamalkan oleh Kaum Melayu sehingga kini yang dapat saya kongsikan bersama pembaca blog saya ini. Semoga ia dapat memberikan sedikit pengetahuan dan merungkai persoalan selama ini yang bersarang di dalam minda. 

Comments