Entri kali ini saya ingin menceritakan tentang sebuah kisah rakyat yang sangat popular dalam kalangan masyarakat. Saya amat pasti anda semua tahu akan cerita dongeng ini bukan?
Kisah Bawang Putih Bawang Merah ini berkisar tentang dua beradik tiri dimana Bawang Putih merupakan anak kepada isteri pertama manakala Bawang Merah pula adalah anak daripada isteri kedua. Konflik tercetus apabila bapa mereka meninggal dunia, maka disitulah bermulanya kisah dua beradik ini.
 |
Filem Animasi Bawang Putih Bawang Merah |
Latar belakang keluarga yang bercampur ini menggambarkan kehidupan berpoligami dalam sesebuah keluarga sejak zaman dahulu lagi. Seperti yang kita tahu kehidupan berpoligami tidaklah seindah yang kita sangkakan. Secara stereotipikalnya, kehidupan berkongsi ini banyak mendatangkan masalah dan ketidakpuas hatian dari keuda-dua belah pihak yang akhirnya mencetuskan perbalahan dimana ia sama sekali tidak sihat untu sesebuah institusi keluarga.
Dapat dilihat disini apabila Mak Kundur iaitu isteri kedua bapa Bawang Putih dan Bawang Merah sangat iri hati atas kelebihan yang diterima oleh isteri pertama dalam wasiat suaminya. Oleh sebab iri hati dan hasad dengki itu maka Mak Kundur telah membuat satu tindakan yang amat kejam sekali dengan menolak isteri pertama itu ke dalam sungai ketika beliau sedang membasuh baju. Perbuatannya itu mengundang maut apabila isteri pertama mula hanyut kerana tidak tahu berenang dan akhirnya mati kelemasan lantas menjadikan Bawang Putih anak yatim piatu.
 |
Mak Kundur watak antagonis |
Selain itu, cerita rakyat ini juga sarat dengan pengajaran dan nilai murni. Dapat dilihat disini beberapa nilai murini yang dapat dikutip sepanjang penceritaan. Seperti contoh, taat akan orang tua. Ketaatan Bawang Putih terhadap inu kandungnya serta ibu tirinya tidak dapat disangkal lagi. Beliau dilihat tidak pernah membantah kata malahan turut akan kesemua arahan yang diberikan. Walaupun pada dasarnya ia dilihat kejam namun Bawang Putih akur akan arahan Mak Kundur seperti mencuci pinggan mangkuk yang berduyun banyaknya, memberishkan batas, mengumpul kayu api serta mengemas rumah walaupun dalam keadaan penat.
Seterusnya kasih akan haiwan. Ini dapat dilihat dalam babak Bawang Putih setia memberikan ikan kaloi yang disayanginya itu makanan iaitu nasi dan sayur keladi. Juga merendah diri. Ini apabila Bawang Putih tidak menunjuk-nunjuk akan kelebihan beliau yang mampu menggerakkan buai emas dengan hanya menyanyi, malah beliau hanya diam dan mengiyakan apabila ditanya sahaja.
 |
Bawang Putih sewaktu menyanyi di atas buai |
Secara keseluruhannya dapat dilihat disini, cerita rakyat yang turun temurun ini banyak mengaplikasikan realiti kehidupan sebenar dan kiasan dalam nasihat, namun ada juga tokok tambah khayalan si pencerita untuk menyedapkan cerita. Buat baik pastinya akan ada kebaikan yang dibalas selain patut menghormati kedua orangtua serta orang yang lebih tua walaupun mereka tiada pertalian darah sama sekali.
Comments
Post a Comment