Bab 3 membincangkan 3 jenis kajian iaitu kajian wacana tekstual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial da ujaran dalam kanak-kanak autisme. Ketiga-tiga kajian ini menggunakan pendekatan analisis wacana dalam menganalisis sampel kajian melalui tiga elemen iaitu kandungan, konteks dan andaian. Selain itu, kajian-kajian ini juga memfokuskan kepada nilai sosial yang terdapat dalam cerita sosial, lagu kanak-kanak dan dalam kalangan kanak-kanak autisme.
Kajian analisis wacana tekstual“Model penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak” merupakan kajian wacana tekstual iaitu melalui analisis bait-bait lima lagu bertajuk “Keluarga”, “Saya yang Istimewa”, “Diri”, “Saya Tahu’ dan “Saya Faham”. Kelima-lima lagu ini dianalisis menggunakan pendekatan analisis wacana yang menganalisis tiga elemen iaitu kandungan, konteks dan andaian. Setelah bait dari lirik lagu ini dianalisis, kajian mendapati bahawa bait-bait lagu “Saya Faham’ banyak menecerminkan niali berterima kasih dengan dirinya serta orang ramai, nilai hormat melalui budaya bertanya khabar serta memberi ucapan apabila bertemu orang lain. Melalui dapatan kajian ini dapat dirumuskan bahawa nilai-nilai yang didapati dalam lirik lagu ini merupakan sumber nilai yang penting terhadap kanak-kanak istimewa untuk memahami dirinya serta orang lain. Cadangan untuk memberi kanak-kanak istimewa ini pendedahan terhadap nilai sosial dalam lagu telah diujar dalam dapatan kajian.
Seterusnya, analisis wacana tekstual cerita sosial yang merangkumi lima buah cerita iaitu “Keluarga saya”, “Nenek dan Datuk”,“Saya yang Istimewa”, “Hati” dan “Jiran”. Kelima-lima cerita ini dianalisis oleh teori yang sama iaitu menggunakan teori analisis wacana. Kajian kedua ini mendapati bahawa terdapat banyak nilai yang didapati dalam hampir kesemua cerita sosial ini, antaranya cerita “Nenek dan Datuk”,”Keluarga Saya””Hati” dan “JIran” yang mengandungi sembilan jenis nilai berbanding cerita “Saya yang Istimewa” yang mempunyai 5 nilai. Dapatan kajian ini menunjukkan kesemua nilai ini tertumpu kepada watak Alim dan keluarganya dalam interaksi seharian.
Kemudian, analisis ketiga iaitu analisis ujaran dalam kalangan kanak-kanak autisme. Teori yang digunakan dalam kajian ini merupakan teori yang sama digunakan oleh dua kajian sebelum iaitu Teori analisis wacana oleh Normaliza abd. Rahim (2018). Walau bagaimanapun, kajian ini hanya memfokuskan kepada andaian sahaja yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pendapat, perujukan dan persoalan. Kajian ini menggunakan prosedur rakaman. Perbualan kanak-kanak dirakam, ditulis semula dan dianalisis menggunakan elemen andaian yang terdapat dalam Teori analisis wacana. Hasil daripada kajian ini menunjukkan tindak balas positif dari kanak-kanak istimewa, iaitu sampel kajian. Ujaran dari kanak-kanak istimewa ini terhadap cerita yang diperdengarkan menunjukkan mereka mempunyai kefahaman yang baik tentang nilai yang terdapat dalam cerita-cerita tersebut malah mampu menunjukkan contoh seperti cuba mneyapu sampah serta menggunakan jari telunjuk untu menujukkan sesuatu.
Secara konklusinya, nilai sosial boleh diterapkan melalui pelbagai kaedah terutamanya terhadap kanak-kanak istimewa yang mengalami ‘autisme’. Ini kerana mereka tidak mampu berinteraksi dengan baik terhadap dunia sekeliling mereka disebabkan kekurangan mereka, justeru pendekatan seperti ini wajar didedahkan kepada mereka yang istimewa.
(505 jumlah perkataan)
Comments
Post a Comment