Skip to main content

Featured

London : Happy or Grief?

  LONDON | JANUARY 22nd 2023 It has always been a dream to go overseas and be in cold-weather country (at least once!). It still remains as a dream until 'the thing' happened which turned out to be the reason to my recent existence in the rhetorical place (read, London). I cannot precisely describe on how I felt to know that I will be going there in less than 2 weeks. Was it happy or sad or thrilled or what. I don't know! Oh ya, just to clear up thing, this short trip was initially made as a present for my birthday and it was fully sponsored by *** (Allah bless you). OK, continue. So, that night I received a message from my husband telling that he got the tickets for us to London and asked me to settle the leave & the acknowledgement form (government thingy) soonest possible. Settled.  2 weeks preparation did not make any of us ready. 

Congkak


Assalamualaikum.

Entri kali ini saya ingin berkongsi perihal permainan tradisional yang agaknya sudah lapuk dek zaman. Anda ingat lagi kepada Congkak? Rata-rata generasi muda zaman sekarang tidak lagi mengetahui apa itu congkak dan bagaimana ia dimainkan. Sehingga kini, masih ada lagi congkak di rumah saya dan masih lagi dimain oleh kami sekeluarga di waktu senggang.

  Congkak dipercayai berasal daripada perkataan "congak"  yang bermaksud kira. Bertepatan dengan konsep permainan congkak ini yang menggunakan kemahiran mengira, justeru sesiapa yang bijak mengira adalah menjadi suatu kelebihan pada mereka untuk menguasai permainan ini. 




Congkak Tradisional (diperbuat daripada kayu)




   Seperti mana-mana permainan, congkak juga mempunyai undang-undang tersendiri dimana ia hanya boleh dimainkan oleh dua pemain sahaja. Papan congkak mempunyai 16 lubang yang dipanggil "kampung" (14 kampung kecil dan 2 kampung besar). 2 kampung tersebut mewakili "rumah" setiap pemain. "Rumah" tersebut berfungsi sebagai tempat pengumpulan buah masing-masing, manakala 14 kampung lagi adalah tempat buah diletakkan. Setiap kampung mempunyai 7 buah. Baiklah, sudah habis pengenalan tentang congkak, sekarang mari kita ke segmen cara bermain.




'Rumah" dan "Kampung"




Dimain oleh dua pemaian sahaja


Cara - cara bermain congkak :

1. Dua pemain mula bermain serentak dengan memilih mana-mana kampung yang mereka mahu. Mereka dikehendaki untu masukkan setiap buah ke dalam setiap kampung sehingga buah tersebut habis.

2. Kemudian, jika buah terakhir adalah pada kampung yang ada buah, maka pemain tersebut harus meneruskan perjalanannya sehingga buah terakhir masuk ke dalam kampung yang kosong.

3. Jika buah terakhir adalah dalam kampung yang kosong, maka mereka tidak boleh bergerak dan dikira kalah.

4. Bagaimana pun, sekiranya buah terakhir pada kampung yang kosong itu berhadapan dengan kampung yang mempunyai sejumlah buah, maka pemain boleh "bom" kampung itu dimana mereka boleh mengambil kesemua buah di kampung yang berhadapan.

5. Bonus juga dikira apabila kampung yang berdekatan dengan "rumah" (lubang besar) yang mempunyai sebiji buah, maka buah itu boleh dipindahkan ke dalam rumah tersebut.

6. Permainan diteuskan sehinggalah terdapat seorang sahaja pemain yang bertahan (masih menggerakkan buah)


    Permainan ini sangat merangsang daya pemikiran dan kelajuan mengira. Justeru, disarankan agar pihak yang terlibat seperti ibu bapa serta sekolah memartabatkan semula permainan tradisional ini. Pihak sekolah boleh membuat Hari Permainan Tradisional dan perkenalkan kepada pelajar tentang permainan ini. Juga boleh adakan pertandingan bermain congkak. Selain itu, di rumah pula, ibubapa boleh mengambil inisiatif dengan membelikan anak-anak mereka congkak selain permainan video yang banyak mengundang pelbagai kesan negatif. Anda juga boleh cuba untuk bermain permainan ini. Semestinya ia sangat menyeronokkan.



Congkak Moden (diperbuat daripada plastik)




Selamat bemain!


Comments