Skip to main content

Featured

London : Happy or Grief?

  LONDON | JANUARY 22nd 2023 It has always been a dream to go overseas and be in cold-weather country (at least once!). It still remains as a dream until 'the thing' happened which turned out to be the reason to my recent existence in the rhetorical place (read, London). I cannot precisely describe on how I felt to know that I will be going there in less than 2 weeks. Was it happy or sad or thrilled or what. I don't know! Oh ya, just to clear up thing, this short trip was initially made as a present for my birthday and it was fully sponsored by *** (Allah bless you). OK, continue. So, that night I received a message from my husband telling that he got the tickets for us to London and asked me to settle the leave & the acknowledgement form (government thingy) soonest possible. Settled.  2 weeks preparation did not make any of us ready. 

Penglahiran Bakat Kreatif

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,


Harapnya semua pembaca blog saya ini dilimpahkan rezeki yang mencurah-curah dan kesihatan yang baik. Jadi pada entri yang julung kalinya ini saya ingin menulis tentang subjek yang saya ambil bagi Semester 1 ini, iaitu Penglahiran Bakat Kreatif. Saya merupakan pelajar Bacelor Sastera Bahasa Inggeris dan saya telah mengambil subjek ini sebagai subjek wajib untuk semester ini.

Sungguhpun ia jauh bezanya dengan kos yang saya sedang ambil sekarang, namun bagi saya ia tidaklah sesuatu yang membebankan malah saya begitu minat sekali dengan subjek ini. Jujur saya katakan bahawa saya teramat minat dalam bidang penulisan. Mengarang puisi merupakan minat ulung saya sejak dari kecil hingga sekarang. Jadi apabila saya diberi peluang untuk mempelajari subjek ini pada semester ini, sungguh saya berasa amat teruja sekali dan sangat bersemangat untuk setiap kelas.

Mempunyai pensyarah yang sangat positif dan sentiasa menggalakkan kami menulis telah mencambahkan lagi minat saya terhadap penulisan. Sesungguhnya minat yang didorong dengan betul dapat menghasilkan seorang penulis yang berkualiti.

Bagi pendapat saya, subjek ini merupakan platform paling tepat bagi para pelajar yang meminati bidang penulisan. Mereka dapat mengembangkan lagi bakat mereka melalui tugasan yang diberikan. Terdapa tugasan-tugasan yang menghendakkan pelajar untuk menulis cerpen, puisi, novel serta skrip drama. Justeru, melalui tugasan tersebut pelajar dapat menunjuk serta mengasah bakat yang sedia ada.

Saya berharap agar subjek ini diwajibkan bagi setiap program, tidak hanya pada satu program sahaja. Selain itu, diharapkan agar saya dapat menimba sebanyak ilmu yang bakal diajarkan kepada saya sepanjang semester satu ini.

Sekian sahaja, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Comments