Skip to main content

Featured

London : Happy or Grief?

  LONDON | JANUARY 22nd 2023 It has always been a dream to go overseas and be in cold-weather country (at least once!). It still remains as a dream until 'the thing' happened which turned out to be the reason to my recent existence in the rhetorical place (read, London). I cannot precisely describe on how I felt to know that I will be going there in less than 2 weeks. Was it happy or sad or thrilled or what. I don't know! Oh ya, just to clear up thing, this short trip was initially made as a present for my birthday and it was fully sponsored by *** (Allah bless you). OK, continue. So, that night I received a message from my husband telling that he got the tickets for us to London and asked me to settle the leave & the acknowledgement form (government thingy) soonest possible. Settled.  2 weeks preparation did not make any of us ready. 

Nasi lemak (Isu semasa)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Entri kali ini saya ingin membuka tajuk mengenai sejenis makanan yang amat popular dalam kalangan orang kita ini. Apa lagi kalau bukan nasi lemak. Baru-baru ini kita disajikan dengan pelbagai isu semasa, tidak terlepas sebuah isu semasa yang sangat menarik iaitu "Nasi lemak Anak Dara". Nampak menarik bukan?

   Mengapa Nasi Lemak Anak Dara? Kerana tukang masaknya adalah seorang anak dara yang baru sahaja berumur dalam lingkungan 20-an. Nasi lemak ini menjadi buah mulut orang ramai dek jenamanya yang menarik perhatian serta kecantikan penjualnya yang melariskan jualan. Seperti yang kita tahu, nasi lemak merupakan nasi yang dimasak menggunakan santan. Di dalamnya mempunyai sambal, timun, telur, ikan bilis dan kacang. Bagaimanapun dari hari ke hari, nasi lemak ini telah diolah dan divariasikan mengikut selera orang ramai. Ada yang meletakkan ayam goreng, sambal petai, sambal kerang dan sebagainya.




Nasi lemak Daun Pisang





    Nasi lemak ini juga merupakan sumber pendapatan yang lumayan juga. Oleh sebab ia menjadi sinonim sebagai sarapan, maka tidak asing lagi bagi mereka yang bekerja untuk langsung membeli di gerai atau kedai sebagai alas perut sebelum memulakan kerja. Seperti halnya dengan Nasi lemak Anak Dara tersebut, penjual kepada makanan tradisional ini mengakui bahawa pendapatannya malah lebih tinggi daripada pekerjaannya sebagai jurutera di syarikat ternama. Jadi, boleh dilihat disini bahawa nasi lemak bukan lagi dipandang sekadar sebagai sarapan, malah sumber wang. 



Nasi lemak Anak Dara menjadi isu hangat

Pengasas Nasi lemak Anak Dara

  Walau bagaimanapun, nasi lemak bukanlah sejenis makanan yang elok untuk diambil secara berlebihan dan berterusan. Ini disebabkan oleh jumlah kolestrol yang amat tinggi iaitu 389cal dalam nasi tersebut boleh menyebabkan seseorang itu mendapat penyakit yang berbahaya. 


    Kesimpulannya, boleh untuk mengambil nasi lemak, namun perlu selang selikannya dengan makanan yang lain. Bermaksud, jangan ambil nasi lemak setiap hari, namun dalam seminggu, ambillah dengan kadar sekali sehari. Cuba lakukan pada hari-hari yang anda mahu, seperti dalam seminggu, anda mengambilnya hanya pada hari Ahad. Berpada-padalah pada sesuatu, nescaya banyak baik daripada buruknya.

Comments