Skip to main content

Featured

London : Happy or Grief?

  LONDON | JANUARY 22nd 2023 It has always been a dream to go overseas and be in cold-weather country (at least once!). It still remains as a dream until 'the thing' happened which turned out to be the reason to my recent existence in the rhetorical place (read, London). I cannot precisely describe on how I felt to know that I will be going there in less than 2 weeks. Was it happy or sad or thrilled or what. I don't know! Oh ya, just to clear up thing, this short trip was initially made as a present for my birthday and it was fully sponsored by *** (Allah bless you). OK, continue. So, that night I received a message from my husband telling that he got the tickets for us to London and asked me to settle the leave & the acknowledgement form (government thingy) soonest possible. Settled.  2 weeks preparation did not make any of us ready. 

Tentang Diri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Harapnya semua sihat-sihat sahaja dikala membaca entri kedua ini. Terima kasih kiranya sudi singgah di blog saya. Baiklah, pada kali ini saya ingin berkongsi tentang perjalanan hidup saya bermula saya di sekolah menengah sehingga ke tahap Ijazah Sarjana Muda ini. Pada mulanya saya sendiri tidak menyangka bahawa saya mamph hingga ke tahap ini.

Sebermulanya saya di Tingakatan 4 adalah seorang pelajar aliran Sains Agama diaman saya mengambil 12 subjek sebagai subjek wajib Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi orang biasa tentunya memandang 12 subjek sebagai satu bebanan yang maha berat. Begitu juga kepada saya, namun tidaklah seberat mana kerana sejak Tingkatan 1 lagi saya telah diterapkan dengan lambakan subjek memandangkan saya dari sekolah agama, maka dengan itu selain subjek wajib saya juga mengambil beberapa subjek tambahan. Saya juga mengambil subjek silibus Azhariah dimana ia mempunyai 9 subjek. Bayangkanlah betapa banyaknya subjek yang perlu saya liputi dari sekecil umur sehingga saya 17 tahun.

Keputusan SPM saya sebenarnya tidaklah memuaskan sangat bagi orang semacam saya yang telah mensasarkan bilangan A yang banyak. Saya hanya mampu mendapat 6A sahaja daripada 12 subjek yang telah saya ambil. Namun yang melucukan, keenam subjek tersebut merupakan subjek teras manakala selebihnya adalah subjek Sains, sedangkan saya adalah pelajar aliran Sains! he he he..

Kemudian saya melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi Pahang di Gambang. Itulah pengalaman pertama saya berjauhan dengan keluarga. Bukan tidak pernah berjauhan, pernah, namun tidak sejauh itu. Juga saya meneruskan pelajaran dalam bidang Sains Biologi.
Saya sangkakan terik hingga ke petang namun hujan di tengahari, saya tidak mampu lagi meneruskan pelajaran saya disana dan mengambil keputusan untuk berhenti. Dalam masa yang sama saya mendapat tawaran dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam Diploma Bahasa Inggeris. Pada masa itu saya mula yakin dengan pilihan saya. Jadi berakhirlah pengajian saya di matrikulasi selama satu semester.

Saya kemudian menyambung Diploma selama 2 tahun setengah, Ramai yang mempersoalkan tindakan saya, tidak juga ada yang berkata belakang. Bagi mereka rendah sangat kiranya tahap Diploma ini. Secara peribadi, saya tidak ambil kisah tentan kata orang kerana saya yang melaluinya dan hanya saya yang tahu apa kemampuan saya. Tidak begitu? he he he..

Selama saya di UPSI, saya merasakan banyak hal telah saya  pelajari, bukan sahaja dalam pelajaran, juga dalam konteks kehidupan. Saya menjadi lebih bijak membuat keputusan dan lebih berhati-hati dalam berkawan serta lebih matang. Bak kata orang, manusia pasti akan berubah seiring dengan masa. Maka inilah saya pada hari ini.

Selepas menamatkan pengajian saya di UPSI, saya telah memohon untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA yang telah saya pilih. Amat mendukacitakan sekali apabila saya tidak berjaya mendapat apa-apa tawaran. Untuk pengetahuan, sejurus saya habiskan pengajian, saya telah bekerja di Institut Pengajian Siswazah (IPS) di UPSI sebagai pembantu peperiksaan sambilan dan juga pekerja sambilan harian. Jadi, apabila saya tidak mendapat mana-mana tawaran, saya membuat keputusan untuk terus bekerja di tempat lama sehingga saya mendapat tawaran buat kali kedua. Ini kerana saya juga ada membuat permohonan bagi panggilan kedua, saya ketika itu amat berharap bahawa saya berjaya untuk permohonan kali kedua. Alhamdulillah, saya telah berjaya akhirnya dengan mendapat tawaran daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam Bacelor Sastera Bahasa Inggeris.

Dan disinilah saya sekarang. Saya berharap agar perjalanan saya dipermudahkan hingga ke akhir hayat saya.
Manusia akan mengenal hidup melalui pengalaman
Kerana mereka hanyalah murid yang masih mentah
Sedang gurunya merupakan pengalaman yang mematangkan
Jadi teruskanlah melangkah
Walau dihadapanmu itu bertaburan duri ujian
Dari situ belajarnya mereka erti kehidupan
Dan lebih bersyukur akan sesuatu hal



Sekian, terima kasih.

Comments