Skip to main content

Featured

London : Happy or Grief?

  LONDON | JANUARY 22nd 2023 It has always been a dream to go overseas and be in cold-weather country (at least once!). It still remains as a dream until 'the thing' happened which turned out to be the reason to my recent existence in the rhetorical place (read, London). I cannot precisely describe on how I felt to know that I will be going there in less than 2 weeks. Was it happy or sad or thrilled or what. I don't know! Oh ya, just to clear up thing, this short trip was initially made as a present for my birthday and it was fully sponsored by *** (Allah bless you). OK, continue. So, that night I received a message from my husband telling that he got the tickets for us to London and asked me to settle the leave & the acknowledgement form (government thingy) soonest possible. Settled.  2 weeks preparation did not make any of us ready. 

Sepetang bersama Dr. Shamsudin Othman (Dunia Kesusasteraan)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


    Apa khabar semua pembaca blog saya? Harapnya sihat sahaja. Baiklah, hari ini saya ingin bertanyakan adakah anda seorang yang mmempunyai minat dalam bidang penulisan? Pada hari ini ingin saya kongsikan pengalaman saya menemu ramah seorang pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) yang tidak calang lagi orangnya dalam dunia penulisan ini. Beliau adalah Dr. Shamsudin Othman, pensyarah kanan di Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan.

    Pada asalnya ini merupakan sebuah tugasan luar pertama bagi subjek Penglahiran Bakat Kreatif. Disni, kami ditugaskan untuk menemu ramah  penulis yang pernah memenangi  anugerah sastera. Rakan-rakan saya dari kumpulan-kumpulan lain ada juga yang mengambil beberapa orang penulis yang terkenal juga sasterawan Negara, iaitu A.Samad Said. Kumpulan kami bagaimanapun telah mengambil seorang pensyarah UPM sendiri sebagai tokoh penulis yang bakal ditemu ramah untuk tugasan kami ini. Bukan calang-calang orangnya, Dr. Shamsudin telah banyak menerima anugerah penulisan sastera seawal 14 tahun lagi (kali pertama dia menjejakkan kaki ke dalam dunia penulisan). 

    Sepanjang temu ramah yang dijalankan, banyak pengetahuan serta pengajaran yang telah saya peroleh. Dr. Shamsudin ada menceritakan sewaktu beliau di universitu dahulu, beliau pernah gagal dalam pelajaran kemudian tidak berputus asa lalu menyambung pelajaran dalam bidang bahasa. Apa yang lebih mengagumkan saya ialah, sewaktu zaman belajar, beliau tidak banyak membuang waktu senggang dan sungguh bijak mengambil peluang dengan menulis novel serta puisi. Hasil daripada penulisan tersebut, beliau dapat menjana pendapatan yang lumayan. Dari situ, saya dapat lihat bahawa terdapat pelbagai cara untuk mengisi masa kosong dengan minat yang membuah wang. Jadi, sewajarnya kita sebgaai pelajar yang terpelajar, seharusnya kita memenafaatkan masa dan ilmu dengan sebaiknya.

    Kini, bidang kesusasteran dan penulisan semakin berkembang dengan banjiran penulis-penulis baharu yang ghairah untuk menulis hasil karya mereka. Namun mungkin agak berbeza sedikit cara penulisan dan gaya bahasa mereka itu berbanding dengan yang terdahulu. Gaya bahasa semakin santai dan kolokial serta adakalnya tidak menjaga sensitiviti sekeliling. Mereka yang baharu ini disarankan agar banyakkan membaca karya-karya penulisan penulis yang berintegirti dan berkualiti terdahulu agar mereka tidak terus tersasar dan "syok sendiri" kata orang. Menulis adalah tidak salah, namun harus ada cara dan adabnya.


      Berbalik kepada pengalaman menemu ramah tersebut, Dr. Shamsudin juga ada menceritakan tentang minatnya yang mula lahir terhadap penulisan semasa beliau mengambil penyertaan dalam menulis sajak sempena Hari Guru di sekolahnya dan karya yang ditulis telah memenangi hadiah utama serta disiarkan dalam Dewan Siswa anjuran Bank Rakyat. Dari situ minatnya semakin bercambah sehingga ke hari ini. Ditambah pula dengan kehadiran guru-guru yang banyak memberi dorongan dan sokongan.



Ahli kumpulan saya bersama Dr. Shamsudin


      Di sini, saya dapat menyimpulkan bahawa adalah lebih baik untuk kita terus berkecimpung dan meneruskan minat kita selain mengikut arus kehidupan yang kadang tidak memberikan peluang kepada kita untuk memperlihatkan bakat yang kita ada, seterusnya mengembangkan minat sedia ada. Saya ambil contoh, Dr. Shamsudin begitu minat akan penulisan dan sastera sehingga beliau menceritakan sendiri semasa di universiti, beliau gemar membaca bahan bacaan rakan beliau yang mengambil bidang sastera, kemudian diikuti semasa beliau menjadi guru Fizik, beliau tetap minat akan penulisan dan terus menulis. Sehinggalah hari ini, beliau telahpun berada dalam bidang yang boleh dikata telah menamatkan impian minatnya selama ini. Nilai kesungguhan yang dipamerkan di sini boleh dijadikan contoh bagi mereka yang masih samar dalam mencari medium yang menjurus kepada minat mereka.

Comments